1. Terlalu jual mahal
Kebiasaanya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Bajek malu-malu miiaaaww je ko en!! Keegoannya agak tinggi, mungkin si hemsem merasakan dirinya digilai ramai, petik sahaja 10 yang datang (minah endon keja kilang yg dtg). Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Menyampahla gila gan lelaki macam ni..hipokrit memanjang je, perasan bagus..Kalau aku jumpa lelaki macam nie, goodbye.
2. Sukar di dekati
Perempuan biasanya akan menganggap si jejaka hemsem ni agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Bila tengok Febregas, fuuhhh hensemla sial, agak-agak boleh dapat tak? Comfirm2 la tak dapat en..agak-agak en taste ko tu perempuan.. Ceh, kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan yang merebut cintanya, apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai tua lah si hemsem membujang.Padan muke ko oohh lelaki.
3. Maintenance tinggi
Kebiasaannya lelaki hemsem ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi, pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya berjenama dan ada kalanya mencecah beratus ringgit. Nak berlagak konon-konon pandai dressup, stylo la sangatkan. Nak bajek depan perempuan. So ini akan menyebabkan si gadis takut untuk mendekati lelaki tersebut risau kopak duit si gadis. Manala tahu kot2 laki tu kaki kikis ke ape ke :)
4. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang , masakan boleh terbang sama, begitulah kata pepatah. Orang yang hemsem pasti mencari orang yang cantik juga, namun harus diingat kan bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, akurlah pada jodoh yang datang. Tengok skung ni perempuan cantik dapat kat lelaki muka longkang, lelaki hensem dapat kat perempuan kurang cantik..
Tapi aku ada buat small kajian, bila lelaki hensem kahwin dengan perempuan yang tak lawa, anak kuar jadi lawa..bila lelaki hensem dengan perempuan cantik, anak kuar kurang lawa..Apakah itu sekadar teori??
5. Terlalu banyak pilihan
Aduh…pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang hemsem katakan sering di kerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan, kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka, kalau pilih di sini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadi lah single sehingga hari ini.
6.Terlalu komited dengan kerjaya
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang hemsem biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapat cinta. Oleh kerana itulah lah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerjaya menjadi yang pertama, namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lalai dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi bujang.
Diatas hanya sekadar pandangan aku je..tapi aku rasa mcm betul ape yg aku tulis tu..kla ada yang terasa jgn amik jantung okey..berbalik pada cite kawan aku tu, adakah beliau single disebabkan ciri-ciri diatas atau dia GAY??
No comments:
Post a Comment